How to make choco bubble rice| Resepi choco bubble rice mudah dan sedap!

Saturday, February 27, 2016

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hari ni saya dengan kembang semangkuknya nak kongsi dengan pembaca bajuwarnacoklat how to make homemade choco bubble rice atau its usually known as choco jar, bubble jar, bubble choco in jar, choco rice in jar atau apa apa lah nama yang uols pernah dengar. Kuikuii. Ayat 'how to make' tu sumpah tak boleh belahh. Kayak gue ni pandai bertukang di dapur pulak. Padahal choco bubble rice ni kacang goreng jeee nak buat. Percayalah katakuuu.

Sebenarnya sebab utama kenapa aku rajin sangat nk buat ni sbb aku teringin nak makan. Tapi aku tahu manusia seperti aku mana cukup kalau setakat beli 1 jar je. Nak beli ber-jar jar? Fuhh. Satu jar je dah sepuluh hinggit. Paling murah pun 7-8 inggit camtu. Tu pun kecik. Kalau kau punya tekak gatal nak beli yang topping kedbri ke toblerone ke ada lah berbelas hinggit jugak harga dia. Eh tak boleh jadi ni. Maka sebab itu aku nekad nak buat sendiri kakakaaa. *kedekut*

Puas aku google merata. Akhirnya aku pun buatlah sendiri lepas beli2 bahan ni semua. Rupanya senang je nak membuatnya oi. Serius senang. Dari kau beli kau luar, atau beli kat cafe hispter bagai tu baik kau buat sendiri. Bukan je boleh dapat banyak dan jimat lagi murah, tekak kau pun puas dapat melantak choco bubble rice ni seberapa banyak kau nak.

Main ingredients resepi aku guna ni bubble rice dgn coklat je. Dan bila dia dah sejuk, coklat dah keras tu kita kena rendam bekas dia dalam air panas utk bagi coklat dia cair. Kalau korang pernah beli kat luar mungkin ada yang tak perlu rendam air panas dan korang boleh makan terus. Setelah aku google, ada yang kata letak butter sikit utk kekalkn dia cair but Idono how it'll be sebab aku tak letak butter. Plus, aku ada baca kalau coklat kau tu kau campur air ke atau butter dia tak tahan lama dan mungkin bubble rice bole jadi lemau. Betul atau tak tu taktau laa sbb tak try dan tak terasa pun nak try sbb aku nak coklatku bebas apa-apa campuran wakakaka.

Bahan yang diperlukan:
Bubble Rice
Coklat

Bahan tambahan:
Periuk untuk panaskan coklat
Jar/ bekas yang sesuai untuk isi bubble rice dan coklat tu nanti

Macam mana rupa bubble rice tu? Ni haa. Ada satu crispy rice ke apa jadah ntah nama dia yang jenama Kellogs tu pun korang boleh guna jugak kalau tak jumpa bubble rice ni. Nak pakai cornflakes pun boleh jugak. Terserah. Tapi aku prefer bubble rice. Murah dan sedap.


Close up. Rm6.50 je okay. Serius banyak gilaa. Mana nak beli? Kat kedai jual bahan kek ada. Kau cakap je nak bubble rice. InShaaAllah ada.


Sebab aku kan tamak. Jadi aku beli lagi satu bubble rice tapi yang kaler-kaler punya. Hahaha. Konon nak buat topping dia bubble kaler kaler laa gittewww.


Close up. RM3.50 je untuk 200g.


Untuk coklat pulak. Haa ni I nak perkenalkan Coklat jenama Tango. Actually ini first time aku beli coklat Tango. Selama ni Cadbury je manjang. Aku dah grab 4 coklat cadbury yang besar tu. Last2 aku decide ambik dua cadbury dan dua tango. Cadbury tu dekat tujuh ringgit. Tango tu RM4.20 je tak silap aku [yg penting empat ringgit lebih laa harga dia]. Murah sangat. Kalau korang nak buat banyak banyak banyak utk kenduri kawen ke majlis hari jadi ke, better use coklat compound. Sbb tak berbaloi beli coklat camni sbb akan dapat sikit je dan mahal. Tapi aku kan berlagak so aku dengan sombongnya taknak beli coklat compound sbb aku nak guna cadbury hahahaha. Bongkak betul.


Ni ha rupa coklat Tango:


Cara-cara:
1. Patah-patahkan coklat ke dalam periuk/ apa-apa bekas yg sesuai dan panaskan atas dapur gas menggunakan kaedah double boiler.

kaedah double boiler[gambar dari google]

Sampailahh coklat tu jadi cair macam ni. Ingat. Jangan sampai air termasuk dalam coklat sbb nnti coklat tu rosak[berdasarkan pembacaan aku] Lepas tu, ketepikan dan biar dia sejuk sebab kalau letak terus atas bubble rice takut dia jadi lemau. Yg ni aku guna coklat Tango. Aku ambik sudu ngap sikit. Eh sedap gilaa laa woi coklat ni! Tak manis sangat dan okay-okay je rasa dia. Kalau aku tahu aku beli jee tango ni bebanyak. Lagipun tango ni dalam dia kosong. So mmg sesuai laa sbb nnti takdelaa kacang ke apa kan lepas dia dah cair tu. Yg cadbury tu aku beli hazelnut. Sbb ori dah takde sobb sob.


2. Goreng tanpa minyak bubble rice tersebut [setakat mana yang korang nak guna]. Tapi ini optional. Tak buat pun takpe. Tujuan dia sebab nak bagi bubble rice tu jadi lebih rangup. Goreng agak-agak  jee. Jangan lama sangat. Jangan sampai hangus pulak yee hehe. Lepas tu ketepikan dan biar dia sejuk jap.

3. Selepas tu, korang boleh laa isi bubble rice dan coklat dalam bekas yang korang prepare. Aku letak dalam bekas camni. Aku letak bubble rice dulu kat bawah dan atas dia aku letak coklat.


And i'll be like this. Hehe. Atas coklat tu korang boleh letak apa2 topping kegemaran korang. Aku letak bubble rice colourful tu dan oreo. Nak letak kinder bueno ke toblerone ke terserah. Tapi adik aku bising tak kasi aku beli kinder bueno sbb dia kata kinder bueno takde tanda halal. So jangan lah letak kinder bueno ye tuan tuan. Letak laa benda lain. Yang jual kat ig tu banyak yg sediakan topping kinder bueno. Jadi sila lah buat sendiri yee hehehe.


Close up nak bagi korang melting tgk coklat aku HAHAHAHA.


Ni lepas aku rendam bekas dia dalam air panas sbb aku nak telan semua bubble rice choco ni hehehe. Untung buat sendiri ni kau boleh letak seberapa banyak coklat kau nak. Takde istilah membazir bagi aku sbb lantaklah aku guna coklat banyak ke apa yg penting untuk tekak aku.


Maka tamatlah riwayat kesemua bubble rice tadi HEHEHEHE


Untuk bekas dia, aku sarankan korang guna jar. Guna bekas cam aku guna ni pun okay jugak. Tapi jangan guna bekas yang tak tahan panas sbb nnti korang nak rendam dia dalam air panas. Ni haa rupa jar tu. Tak kesahlah korang nak guna jar indocafe ke jar nescafe ke atau jar jem roti sekalipun atau beli jar kat kedai. Hehe. Kalau beli kat luar, jar ni harga dia yang kecik tu ada laa dalam seringgit lebih. Aku skrg suka kumpul jar nescafe mak aku. Yelaa jar camtu kalau beli kat kedai mahal gila kot.



Lepas siap letak dalam bekas dia semua tu, aku simpan dalam peti ais. Alhamdulillah sampai hari ni still okay dan tak lemau. Crispy gilaa time makan krupkrapkrupkrap gitteww heheh. Sebelum buat choco bubble ni aku google dulu. Betul laa tu rasanya tips taknak bagi dia lemau jangan letak coklat masa panas-panas terus atas bubble rice. Cool kan dia kejap. Lepas tu nnti coklat ni dia akan jadi keras. Sbb tu korang kena panaskn bila nk makan. Kalau lepas buat ni korang nak makan terus, boleh laa terus gaul2 sebati dan ngap masuk mulut. Hehehe.

Lepas ni kalau nk buat lagi aku prefer letak coklat kat bahagian bawah dan bubble rice kat bahagian atas kot. Sebab bekas yg aku guna ni lebar dia besar. So bila kita cairkn dia, yg coklat tengah2 tu lambat cair. Sbb tu org ramai guna jar. Bekas cam aku guna ni besar sangat.

Resepi aku guna ni bukan untuk coklat yg sentiasa cair. Sebab korang kena panaskan.
Kalau uols guna resepi camni InShaaAllah bubble rice takkan lemau. Hihii

Jadi. Selamat mencuba!













You Might Also Like

50 COMMENT

  1. wow... rrai... cam senang jer... tak pernah terfikir lak buat cam tu... hehehe... thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang pun kak.. nnti akak buatlah yaa.. hehe.

      Delete
  2. sedapnyaa lama dah tak makan benda ni. nak buat pun senang je

    ReplyDelete
  3. apasal sedap sangat gambar dia rrai? nak jugak sebekas!!! hehehehhe

    ReplyDelete
  4. Kak rrai thank you for this resepi. *ceywahh resepi tuu* Tengok lama dah, nak beli mcm tak berbaloi. Nasib kak rrai post pasal ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome yunk.. hihi lepas ni dah boleh buat sendiri jee.. beli kat luar mahal. no. no yee beeha. hehehe

      Delete
  5. mak aii berliur kat sini hahaha okay nnt mesti nak cuba ni..!

    ReplyDelete
  6. YA ALLAH sedapnyaaa. terliur tengok, coklat tu xkisah ke nak letak atas ke bawah? bubble rice tu goreng kejap je kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat tu tak kisah pun nak letak atas atau bawah. atau nak buat layer pun boleh, contoh bubble rice,coklat,bubble rice dan atas sekali coklat. goreng kejap jee agak2 ikut kita nak rangup cemana. sy goreng sampai bubble rice tu panas dan tak jadi kekuningan. taknak goreng pun boleh jee sebenarnya hehee

      Delete
  7. Kalau nak buat untuk kuih raya cemana eh ?

    ReplyDelete
  8. Hye.Nama kita sama laa hihi... Thankyou!,coz kongsi resepi ni:) .

    ReplyDelete
  9. bubble rice ni kena simpan dalam peti sejuk atau suhu bilik saja ?

    ReplyDelete
  10. sis, kalau guna compound choc boleh tak combine dengan cadbury / tango , etc?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih share resepi..mudah je eh rupenye..hehe... 😊

    ReplyDelete
  12. Kalw coklat tu guna yg masakan punya shj boleh x? N awak pakai coklat tu keras x? Setengah chokojar kena rendam dngan air panas.. Sbb coklat dia keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklat sy guna tu nnti dia keras. Sbb sy letak dalam peti ais. Nak makan, kena panaskan..

      Delete
  13. beli dekat mana bubble rice tu? area kl ke?

    ReplyDelete
  14. mana beli bubble rice tu? area kl? reply asap. urgent

    ReplyDelete
  15. mana dapat bubble rice ? area kl? reply asap

    ReplyDelete
  16. Coklat tu kena campur dgn bubble rice ke???Atau biar jer nnt campur dgn bubble rice yg dah letak mase first tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat tu letak atas bubble rice dalam bekas tu..

      Delete
  17. Dlm coklat tak perlu letak bahan lain ker..seperti butter...minyak atau krim

    ReplyDelete
  18. Thanks Rrai. Jap lg kakjue nak buat. Buat kudap2 sambil layan citer korea...hehe

    ReplyDelete
  19. Bubble rice blh jd lemau di sebabkn chocolate masih pns kew kite letak dlm jar 2...2x buat still lemau..huuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sy guna resepi yg sy share ni In Sha Allah tak lemau. Mungkin faktor bekas tak kedap udara kot. Bubble rice tu awak goreng tanpa minyak atau tak?

      Delete
  20. Hai..sis chocolate tu dia akan keras atau maintain cair macam tu kalau biarkan semalaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pernah biarkan semalaman di luar peti ais. so tak tau samada dia cair atau keras..

      Delete
  21. Sis saya dah cuba lemau la.. dah goreng bubble rice Tu. Coklat bar dan cadburry pon dah sejuk kan tp still lemau. Lemau kt bhgian bubble rice yg terkena coklat shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh. kenapa yaa. sebab saya buat tak lemau pun. serius. bahagian yg kena coklat pun tak lemau..

      Delete
  22. Kat mana nak bubble rice tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kedai jual skrg.. kat big baazar pun dah ada jual. harga pun murah. mydin pun ada jual rasanya..

      Delete
  23. Mcm Mana nk mantain kan coklat tu cair ye sis.tq sis krn kongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. tu sy taktau lah pulak. hehe. so far resepi sy guna ni mmg akan keras sbb sy simpan dlm peti ais..

      Delete
  24. Rabia beli dengan kawan rabia rm 7 :) support kawan. sebab tu beli.

    ReplyDelete
  25. Sedapnya. makan 10 jar pun bleh ni ^^ thanks share resepi

    ReplyDelete
  26. Terima kasih share resepi...anak bujang bila balik dr asrama ada duh bli bubble rice ni..dia nk buat kata nya..tp sb xjumpa bubble rice ni dpn mata..trlupa..inshaa Allah nk cr nt

    ReplyDelete
  27. nak tnya cmne nak bg choc sntiasa cair x keras ya

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.