Tak pernah tak tergoda!
Saturday, January 16, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hari ni aku nak menggoda kalian semua cuci mata dengan handbag handbag comel dari NILE.COM.MY. Semua yang aku share ni under RM30 ok! Kalau nak yang mahal sikit uols boleh usha kat website nile> http://www.nile.com.my/ Tapi majoriti harga yang ditawarkan mmg mampu milik dan tak mahal sangat pun. Hihi
Aku mmg berkenan sungguh nak membeli di nile ni tau. Tapi sampai sekarang belum berkesempatan dan terbukak hati nak beli. Mungkin akan datang aku beli. Sebab ni sejenis manusia yang tak pernah beli baju atau handbag secara online. Selalu beli online kategori lain. Like skincare or beauty product. Tu pon bersungguh aku stalk dulu trusted seller ke tak sbb berlambak seller nipu nowadays. Barangkali sebab aku cerewet kot? Kakakakakaaa. Tapi selepas jadi stalker tegar nile ni, harga dia the best kot. Tergoda tergugat jugaklah gue. Mahu beli tapi ya ampun gue masih pikirin sejuta kali. Tapi ni alang-alang tengah ada sale, apa la katanya kalau grab satu dua ke heheh. Ni kalau Gedik tahu mahu dia tonyoh muka aku dengan kertas pasir.
Salah satu sebab kenapa nile akan jadi pilihan aku untu membeli adalah kerana nile menggunakan khidmat poslaju sebagai penghantar parcel tersebut. Setahu aku kalau zalora atau lazada ni dia pakai Gdex. Poslaju takde tak silap setelah aku survey semalam. Gdex tak hantar parcel kat semua tempat. same goes to Skynet. Dua ni kalau kat tempat aku memang dia tak pergi sgt. Skynet dia mmg jarang masuk. So dia call aku suruh datang ambil. Aku cakap aku taknak p ambik sila hantar datang rumah aku sbb aku dah bayar heheh. Gdex pulak pernah jadi dia call suruh datang sana ambil barang. Katanya kawasan aku mmg dia tak pergi. Aku mmg malas nak g ambil. Jadi dia bagi pilihan tukar alamat ke kawasan yang dia pergi. So aku tukar alamat rumah Gedik wink wink. Kalau poslaju pulak mmg dia masuk kawasan kampung macam rumah aku ni. Muah muahhhh sikit kat poslaju! Hihiii
Jadi aku pilih nile instead of zalora and lazada. Gedik ada jugak cakap, kalau nak beli, beli jelah lepas tu pos hantar rumah dia jaaa. Eh enggak mahu sih segan gue beli barang pompuan hantar kat dia. Pulaknya kalau dia tahu aku beli handbag sampai dua tiga mahu tak kena bebel percuma.
Nah. Tengok price dari nile. Daebakk! Siapa pernah membeli dari nile? Cuba komen sikit cemana servis penghantaran dan condition barang yg uols beli? Dari review yang aku baca banyak yg puas hati sbb parcel cepat sampai dan barang dalam keadaan baik. Tapi ada jugak yang kata dapat beg kotor sikit dan paling menakutkan aku dia kata dia beli beg tapi tak dapat tali. Tapi bape orang je. Lagipun pihak nile ada buat 7 days return guarantee. So kalau dapat barang tak ok boleh laa tukar kan. Habis kalau tak dapat tali beg cemana? Nile pos tali sahaja je ke cemana?
Namun aku ada sedikit kekeliruan apabila setelah aku stalk betul-betul, ada dua handbag yang sama tapi harga berlainan. Macam mana ekh ni? Adakah yang mahal sikit tu lebih berkualiti atau sebenarnya sama sahaja? Dari paras rupa dan warna mmg sama. Tapi kenapa berbeza harga dan nama beg? Kalian boleh terangkan tak sebab pulaknya yang menimbulkan kekeliruan aku ni beg aku berkenan laktuuu. Ciss
Apapun nile memang telah mendapat tempat dalam hati saya. InShaaAllah akan datang nak membeli kat nile pulak! Siapa yang pernah shopping kat nile tu share lah yee! Tataaa!
13 COMMENT
pernah terbaca review pasal Nile kat blog Fatin Liyana :) memang barang barang Nile lawa dan menarik
ReplyDeletememang murah sangat la ni...terbaik lah!!!!
ReplyDeletetapi kena tunggu gaji masuk dl..hehehehehe
baru baru ni shopping kasut kat nile.. alhamdulillah.. brg sampai tapi lambat sikit dengan poslaju.. TT and taun lepas shopping beg hantar dengan gdex.. servis gdex boleh tahan maybe kawasan yg memang dia hantar.. setakat ni condition beg and kasut so far so good.. untuk kes yang sama barang lain harga tu ekceli sama je condition barangnya.. cuma dia saja uji pembeli dia cerdik ke tak dalam pemilihan harga hahaha jkjk
ReplyDeletep/s: ai tergoda la youu .. *berusaha keras utk sopping
@Farhana Zukritu laa kite pun baca review dari blogger lain jugak.. hehe
ReplyDelete@Munirah Mustafarhehe gaji masuk g serbuuuuuu
ReplyDelete@Shaq Zulqarnainlaaa yeke? hihi nasib baik kite tak beli lagi. memula ingatkan yg mahal ada tali yg murah tak dpt tali. hehekkkk. mandai jee sy
ReplyDeletememang dah lama cari beg mcm ni. harga dia berpatutan pulak tu.. aduhh tergoda ni. kena beli ni. hihihi
ReplyDelete@Nur NajahHihii beli tauuu jangan tak beli
ReplyDeletetak penah lagi beli barang dekat sini. heheh
ReplyDeleteaaaaaaaaaa saje je goda qila di saat miskin ini :((((
ReplyDeletehihihi tp sumpah murah tuuuu adoi hhuhuhu.
qila pun hehe skincare mmg tak beli online hhuhuhu.
eh hello ofcs la kita kena cerewet kita kan girls??? hahahah.
tp beg tu menggoda...................
</3
nanti nanti hahahaha.
Beg yg pertama tu buat i tergoda kowt.. gilaa ah harga dia. Setakat ni tengoK2 je barang kat nile.com tu. Usha je. Hahha
ReplyDeleteshopping jangan tak shopping... :)
ReplyDeletemcm menarik je.. mcm cantik je.. harga pun mcm murah je.. hohoo mcm dah tertarikk je niee
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.