Syoknya berbedak sejuk!
Saturday, January 09, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Ketika aku sedang menaip entry ini, sebenarnya mukaku tegang dan sejukssss gitew gara-gara pakai bedak sejuk hahaha. Opkos lah semua serba tahu kan pasal bedak sejuk? Banyak kelebihan bedak sejuk ni sebenarnya. Dulu kecik-kecik selalu gatal menggedik pakai bedak sejuk mak aku. Masa kecik-kecik je. Dah masuk sekolah menengah, masuk kolej takde dah pakai. Dan tak pernah terdetik pun nak pakai. Eleyh. Bedak sejuk dua hinggit tu. Gua pandang sebelah mata je kekekekekee. Biadap perangai haku ni.
Sekarang ni aku sedang tahan nafsu dan tak mahu lagi dah pakai produk sembarangan skincare 5 in 1, 4 in 1 semua yang meletoptoptop tuuu. Aku menganggap bahawasanya muka aku bermasalah setelah aku gatal gedik mengada-ngada pakai tu pakai ni maka sebab itu muka aku jadi tak gah dgn satu-satu produk even mahal pun. [definisi produk mahal bagi aku adalah RM50 ke atas] Dan banyak banyak banyak aku baca sebenarnya produk yang dijual tu ada yang sebenarnya produk re-brand ataupun menggunakan krim kilo. Sebijik je lebih kurang mcm produk aku guna krim krim kilo tu. Baik krim malam siang semua. Sbb tu aku taknak dah pakai. Aku lebih rela pakai skincare safi ke fair n lovely atau bedak sejuk yang jual kat kedai runcit choon heng/ megapoint/ econsave tu. Murah dan selamat.
Bedak sejuk pulak dah jadik rutin aku skank ni. Aku pakai dua kali sehari. Masa petang jap. Dan masa malam nak tidur sampai bangun tidur. Petang tu aku pakai kejap je. Dah kering tu aku basahkan sikit jari dan sapu mcm scrub bedak yang dah kering tu. Aku gosok-gosok dalam beberapa minit. Lepastu bilas. Siap. Ada org kata pakai air mawar/ lemon. Kalau lemon tu pedih sikit lah. Aku pakai air paip jek. Senang dan mudah. *sebenarnya malas nak carik air mawar lemon bagai tu hahaha*
Kalau time malam pulak, aku suka pakai tebal-tebal hehehe. Dan bila dah kering tu sila hati-hati kalau korang jenis tidur pakai kipas yang menghadap muka kau sorang. Macam aku kalau tido mmg pakai kipas. Kalau dah kering tu terbang bedak kat muka tu oi. Hahaha. Baik baik jangan sampai masuk mata. Pedih tauu. Kalau rasa demand je aku bukak aircond. Tp aku mmg jarang pakai aircond sebab faktor kedekut dan faktor aku ada adik yang hari-hari pakai aircond kat bilik dia. Jadi aku rasa lebih baik aku mengurangkan kos elektrik mak aku dgn memakai kipas je. Pernah satu hari tu terkejut aku pergi toilet tengok muka sendiri. Pulaknya bangun tiga empat pagi. Fuhh. Tapi bila dah bangun tido tu pepaham jelah mmg entah kemana bedak tu. Lepas dia kering tu dah pecah-pecah berterabur jatuh atas tilam sebab aku ni kejap ke kiri kejap ke kanan. Kejap bangun pelok bantal empat segi. Kejap pusing kiri pelok chipmunks. Kalau ada gangguan bunyi atau cahaya mula la aku tutup muka dengan bantal. So mmg tak lah bedak tu statik kat muka aku. Berterabur.
Aku beli bedak sejuk ni kat megapoint jek. Harga RM2.50. Kalau dulu maybe murah sikit kot. Adik aku kata, nak jadik macam Mak Cun ke pakai bedak sejuk? Hahah. Dulu aku sekadar pandang jeee tak usik pon bedak ni kat rak kedai tu. Hahaha. Tp minggu lepas tetiba rasa nak try pulak. Mungkin sesejak aku start nak guna produk less chemical ni maka aku rasa bedak sejuk adalah salah satu inisiatif. Tambahan pulak aku tengah order online aloevera soothing gel 92% yang orang dok kata bagus sbb tak ada bahan kimia dan diperbuat daripada aloevera. Aku mmg tengah nak guna produk2 yg mcm tu sekarang ni. Yang murah, selamat dan tak bahaya. Dulu kecik2 aku selalu patahkan lidah buaya atok aku tanam depan rumah pastu sapu kat bulu mata. Gedik siak aku kecik kecik dah mengada. Hahaa. Kalau ikutkan pun aku nak g patahkan je lidah buaya mak aku tanam pastu korek jelly dia tu. Tapi sayang lah pulak nak patahkan. Kita beli jek la hehe. Korang ada idea tak produk apa yang dijamin tak bahaya dan selamat ni? Kalau ada share lah yee.
Setakat ni aku pakai bedak sejuk result dia okay la best. Jerawat pun macam kecut and I dont know aku yang perasan muka aku putih ke tapi sejak aku pakai bedak sejuk ni macam menyerikan dan putihkn sikit muka aku. Hahahaha. *Rrai dah mula perasan* Mungkin kena pakai secara konsisten untuk hasil yang terbaik.
Petua bila pakai bedak sejuk: Jangan tengok muka sendiri dekat skrin henpon atau cermin dalam gelap. Kahkahh
K tataaa! Jom jom lah berbedak sejuk jugak yee! Hihiii.
5 COMMENT
masa kecik kecik selalu guna bedak sejuk arwah nenek hehe :) kenangan betul tapi memang bedak sejuk bagus sebab kurang bahan kimia yg bahaya
ReplyDeletesy smpai skrg pn pkai lagi bedak sejuk, smpai ade yg x caye sy pkai bedak sejuk, hahha. Sebenarnya rasa lagi selamat bahan2 dye tu ^^
ReplyDeleteSaya pulak ada bedak sejuk yang nenek buat sendiri. Dia bagi sebekas sampai sekarang tak habis2.. Rasa malas nak pakai.. Hehehe.. Saya suka mask yang pakai bahan2 semulajadi kak rrai.. Kunyit campur honey ke.. Dan saya jugak just pakai produk safi je. Rasa lebih selamat daripada yang banyak2 ada kat luar sekarang ni kan?
ReplyDeleteMemang best pakai bedak sejuk..tambah time nak tido..
ReplyDeleteBelinya dimana ?
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.