Serius Best Drama The Village Achiara's Secret!
Saturday, January 23, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Bagi sesiapa yang kenal aku mesti tahu aku mmg sejenis manusia yang suka layan movie dan drama. Kalau drama, aku jarang layan drama melayu. Hihikk. Aku selalu layan drama korea. Dalam hard disk aku banyak drama korea. Ada yang dah tengok. Ada yang belum. Aku taknak habiskan tengok semua sekali. Sbb nnti kalau bosan aku kompem takde apa nak layan. So dalam hard disk aku mmg ada lambakan movie omputeh atau drama korea yang aku belum tonton lagi. Aku jarang tgk drama korea tu by tv sbb aku suka download. And usually lepas setel semua episod tu baru aku tengok. Hehee. Aku mmg tak gemar layan online even guna wifi rumah pun. Pernah layan sekali jee drama korea online. Tu laa first and last. Mungkin ada sesetengah org tak suka download dan suka tgk online je. Tp bagi aku lebih baik download sbb aku boleh tengok banyak kali hehehe.
Sebelum ni aku ada post pasal aku tgk drama Birth Of Beauty. Dan aku ada mintak pendapat drama apa lagi best sbb aku nak download. Ada antara blogger yang tinggalkan komen tu cadangkan drama the village achiara ni. Aku baca review. Org kata pasal kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Maka sbb tu aku cam tak minat nak tengok sbb aku berpendapat mesti cerita dia melankolik bersepah. Kakakaa. Hanya sbb seorang manusia berkata begitu terus aku buat andaian sendiri. Tp bila aku serach drama pasal mystery horror ni kua laa drama achiara ni. Poster cam cerita hantu pun ada. So apa laa katanya kita download jeee yedakk?
Tengok episod 1. Pehhhhh. Cerita ni totally my type! Semua benda misteri. Bingkai gambar misteri. Rantai misteri. Aku rasa semua watak dalam cerita tu misteri. Macam dia tapi bukan dia. Dia macam jahat tapi eh macam baik pulak. Yg baik ni kadang mcm jahat pulak. Huh. Aku rasa tak sabar gila nak tahu ending dia hahaha. Skrg baru episod 8 aku tengok. Kin Hye Jin ni siapa laaa oiii sebenarnyaaaaa kompius akak nakkk. Cerita ni mcm cerita hantu. Muzik dia pun seram. Tapi takde pun hantu. *setakat ni laa* Dia more to suspen and misteri. Siapa yg dah layan tu tahu laa..
Kalau siapa yang suka drama genre cinta, romantic aku rasa this drama is not your type kot. Sbb drama ni akan buat kau rasa suspen dan rasa penuh misteri lalu tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku. Hehehee. Namun begitu korang takkan menyesal punya kalau dah tertonton drama ni.
Sekarang aku sedang gigih download I Remember You [drama korea jugak]. Kalau korang ada suggestion drama apa best kasitauuu I yee hihi. Kalau rasa nak download drama Achiara ni klik SINI. Kalau nak tengok drama lain klik SINI. Maceh Ijat promote website ni kat aku. Download kat sini movie 720 tapi fail kecik. Sbb dia ada guna Open Load. Tu yg best tuuuu..
K sampai sini dulu. Tataaa!
13 COMMENT
baru hbs tgk drama ni haha. last ep dia buat kita rasa tak puas hati sikit. tapi overall mmg best lah sbb semuanya dah terbongkar. most of it. hehe
ReplyDeleteI remember You a.k.a Hello Monster tu ke? Gosh, saya suka eps pertama dia, penjenayah dia lain macam. Erk, terbagi spoiler sorry sorry >.<
ReplyDeletebirth of beauty best tp village achiara ni lg best. plot twist bersepah. serious best. ending dia lg x dijangka
ReplyDeletedah lama rasa tak layan korea...
ReplyDeletelast drama dia BOF je...
Mmg best citer nie...
ReplyDeleteSeram2 gitu
aduh aduh hati taa kuadd hahahaha.
ReplyDeletepahal semua nk review drama ms ni gak ni ish ish.
thank u share! <3 hihihihi *trying so hard taknak tergoda* kihkih
dulu time cerita ni dekat SBS ke..KBS tengok gak sikit2 teman umi. Umi kata cerita tu not bad gak. Tapi saya tak tengok sampai ke ending. Serius ke best cerita ni?
ReplyDeletemacam best je . tapi, dah xde masa nak layan movie skarang. huhu
ReplyDeletetak sempat tengok lagi drama ni, tapi kalau minat thriller and mystery Rrai boleh layan I Remember You, Love Me If You Dare, Remember: War of the Sun, Blind (movie) haha banyak lagi tapi tak ingat lak tajuk
ReplyDeleteBeshh gila cita niii. . Hahaha lgi2 ada Sungjae :*
ReplyDeleteWah, dahlah memang peminat drama/movie korea ni. Nak try jugak a citer ni :) Thanks for the link dan info
ReplyDeleteWah.. Geng la.. Kita pun suka tgu drama abis baru download dan tgk.. Yup drama nie lain dari yg lain.. Best.. Ada satu lg drama tajuk remember.. Pun best gak tapi belum abis lagi rasanya..
ReplyDeleteseram ngok cite ni, lagi ngok malam2 sorang2
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.