GIVEAWAY: KENANGAN MANIS 2015
Monday, January 11, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Pertama sekali, bagi sesiapa yang belum join Giveaway best ni, sila lah click banner di atas laju-laju supaya kalian boleh turut serta memeriahkan Giveaway yang dianjurkan oleh Kak Hani ni. Hadiah yang ditawarkan juga menarik belaka. Tak menyesal kalau kalian join.
See the tajuk kan? Kenangan manis 2015. I wonder which one is the most sweet memory sepanjang tahun 2015. Aku bukanlah manusia yang setiap masa bermanis sentiasa. Banyak pahit terselit celah senyum. Bersepah. Jadi yang mana manisnya yaa? Fikir.
Fikir lagi.
Fikir lagi.
Which one when you remember it make you feel like, ohmygodddd sooooo sweet!!!
Maybe its him. Because most of his doing make me feel he is so damn sweet. [although sometimes he annoy me and told me i'm gemok boncit kememeh mengada hundred times erghhh]
Setengah tahun 2015 aku habiskan di kolej. Separuh lagi aku habiskan dgn muet, konvo, dan duduk makan tidur di rumah. So now I dont always meet him and off course it makes me miss him more *ecehhh engkooo*
Bagi aku, yang manis itu adalah bila seseorang buat sesuatu untuk aku. Yang aku suka. Untuk aku. Demi aku. Aku sorang.
Jadi. Apa yang manisnya?
Bila dia datang dari Batu Pahat, pergi Muar, terus ke Melaka demi aku.
Bila dia bangun empat pagi sebab aku dan memandu pagi buta untuk aku.
Bila dia berpenat sehari suntuk sebab aku.
Banyak lagi.
Tapi. Yang paling manis bagi aku bila dia sanggup berpenat sebab ambil aku pukul 6 petang gara-gara kelas aku lambat tamat waktu kuliahnya. Sebab dia saja tahu sebab apa aku acapkali mahu pulang dan tak mahu berlama dekat kolej. Sebab dia tahu aku cengeng menangis stress dekat sana. Sebab dia tahu aku tak betah di sana. Bukan sebab aku yang manja terlebih tapi aku tak kuasa hadap manusia yang melebih-lebih.
Untuk setiap masa dan tenaga kau yang terkorban untuk aku. Terima kasih tidak terhingga. Aku tak mahu bilang aku tak mahu susahkan kau lagi sebab aku tahu aku memang suka menyusahkan kau. Hehe. Terima kasih sebab selalu ada.
Sayang kau lebih.
.........................................
Yang manis itu bila semuanya yang ada kamu. Biasalah. Kau kena terima Rrai memang jiwang kadangkala walaupun panas baran dia selalu berada pada tahap kau rasa nak bagi kaki dekat dia.
Terima sajalah. Aku tak mudah mengata yang mana satu manis dalam hidup aku. Belum tentu keberadaan kau dekat dengan aku cukup untuk aku kata kau antara penyebab aku rasa manis saat itu. Yang pasti, yang jauh itulah sebab aku bermanis muka satu hari.
Terima kasih Gedik sebab jadi salah satu sumber kemanisan dekat dunia yang semakin lama semakin tua dimamah waktu. Semoga kau tetap akan terus manis walaupun rambut kau dah jadi putih semua.
Aku sayang kau sentiasa.
.......................................
Kenangan manis 2015?
"Setiap masa yang ada kamu"
..................
Jiwang betul aku. Kalau aku baca entry ni semula esok esok mesti aku geli dengan diri sendiri sebab bermadah cinta pulak gamaknya. Ini bukan kebiasaan aku ni omomooooo *mohon cik penganjur dan pembaca jangan tampo muka aku lepas baca entry ni*
Akhir kata, jemputlah join Giveaway ni yaa. Mana tahu ia akan membangkitkan naluri kejiwangan dalam diri kau jugak ke hahahaha. K tataaa!
Giveaway lain:
Entry lain:
12 COMMENT
rrai, dah tekan kat banner, tp tak link kt GA yang buat tu T_T
ReplyDeletenak joinnn. hehe
selamat bersegmn ya....
ReplyDeleteBeriya~iya saya membaca..btw, good luck..dah lama rasanya tak join contest blog ni..hehe
ReplyDeletebila sy click banner tu tak boleh pun...
ReplyDeleteHaha. Manisnya :) Good Luck!
ReplyDeletepergh rrai boleh tahan gakkan? heheheheh...mcm best je..kena join ni...
ReplyDeletehahah...jiwang jugak ye..semoga berjaya..
ReplyDeleterasa nak join jugak la GA ni nanti..dok fikir2 ni pa la kenangan manis tahun 2015 dulu..banyak yang pahit je kot..heheh
jom join GA..
http://www.dianarashid.com/2015/12/giveaway-baby-store-bersama-dianarashid.html
Good luck rrai!
ReplyDeleteDayana nk jemput join GA, Turkish Delight giveaway from Istanbul di blog dayana, www.dayanazahari.com
Goodluck okay cik jiwang *hehe jangan marah* dari segmen sama :)
ReplyDeleteWahh jiwangnya awak. Hihi. Gudluck dear ^_^
ReplyDeleteAWWWWH <3
ReplyDeletemy hearT gets so flowery hahahaha berbunga.
Alaaa jeles nya nak pakwe gak ahahahahaha T_T
but seriously. sangat manis :')
boleh kencing manis qila hiks.
i mean susah nk cr someone yg sanggup travel for us. long distance sucks gila kut. hihi take care Rrai :) wishing u all the best in 2016 pulak hiks
woww.. sangat manis dear!
ReplyDeletethanks sudi join segmen ni ye..
xsngka dpt smbutan hehe..
good luck ye dear.. :)
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.