Sepuluh Soalan Daripada Sab

Friday, December 18, 2015


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Pertama sekali thank you to Sab sebab tag me to answer all her question ni. Heheh. Sebenarnya sebelum ni aku pernah di-tag oleh blogger Aynal dan CikPinky untuk jawab soalan tagging macam ni. Korang boleh baca kat SINI dan SINI. Well aku tak sampai hati untuk abaikan tagging orang. Jadi siapa tag aku semua InShaaAllah kalau ada kelapangan aku akan cuba jawab. *aku kan baik kehkehh* Lagi-lagi Sab ni kawan gua masa kat kolej dulu. Gila nak abaikan soklan dia? Kena baling tepung dari Kedah nanti hahahahaha *gurauuu Sab jangan marah muahh*

K jom jawab soklan Sab ni!

1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik) 
Alamak. Nak buat ayat meletup bombastik ni yang iols taktauuu ni hahahh. Kalau nak tahu tentang siapa aku boleh baca entry aku yang INI. Barangkali sedikit sebanyak akan menjawab soalan pertama ni bagi sesiapa yang tak kenal saya.

2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab. 
Serius comel dan cantik gilaaaa! Kahkah. *puji diri sendiri* Sebenarnya coding html blog Sab adalah aku yang buat. Ada kat freebies tu. Header Sab yang gambar owl ni pun aku yang buat. Korang boleh tengok kat menu tab yang tertulis freebies kat atas tu. Jadi kalau nak jawab soalan Sab yang kedua ni takut gua jadi masuk bakul angkat sendiri pulak hehehh. Jadi korang lah yg nilaikan. Okay tak blog Sab?

3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak. 
When I lose someone I love so much. Theres someone I really care about and yaa, I love so much. For sure I cant live without. Tapi itu pengalaman. Dan pengalaman itu yang mendewasakan aku, mematangkan aku. Tapi untuk rasa benda yang sama lagi, Allahu. Tak sanggup.

4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa
Pernah jugak. Sebab orang lain tak pernah hargai peluang dan apa dia ada malahan mengeluh pulak tu. Aku selalu rasa macam, kau patut hargai sebab benda kau ada tu adalah benda yang aku nak sangat. Tapi bila difikirkan balik, aku bersyukur dengan hidup aku sendiri. Alhamdulillah.
  
5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?
Aku jarang minat org dalam diam ni. Kalau aku suka pon barangkali sebab engko hensem atau ko baik. Tu je. Tak lebih sampai tahap aku nak kapel atau kawen dengan dia hahahahaa. Contoh mcm Justin Bieber. Aku minat gila kat dia. Tapi disebabkan perbezaan agaman dan budaya, maaf kita tak boleh bersama kakakakaaaa

6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa? 
Makan luar kot sebab aku tak pandai masak kahkah

7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why? 
Duduk sorang-sorang dalam kereta dan kereta tu reverse ke belakang. Huishh. Mmg aku trauma gila nih. 

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni? 
Mula-mula sebab suka-suka je. Tapi lepas tu jadi minat pulak. Maka sampai ke hari ini laa blog ni bertahan. Nak dekat tiga tahun lebih jugak laa.

9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.
Masih belum boleh dibanggakan lagi. Sebab masih banyak benda yang aku belum buat dan impian aku yang belum tercapai. Jadi setakat ni aku masih belum bangga dengan diri aku sendiri. 

10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.
Ada. Rahsia. Heheh. Sebab benda tu susah nak dapat.

K. Now kalau uols sudi, jawablah soalan aku kat bawah ni yee:

  1. Your first impression when you visit my blog. 
  2. Orang yang paling dikagumi dalam dunia blog ni and why? 
  3. Your most favourite singer from Malaysia. 
  4. Your colour theme of your blog and why you choose the colour? 
  5. Most beautiful memory you will never ever forget. 
  6. Haiwan yang paling ditakuti and why? 
  7. Do you believe in second chances?
  8. Have you become stranger with someone once you called friends? 
  9. If you get a chance to be a hero/ heroin, what movie you want to be and why? 
  10. Your favourite flower. 
  11. Coffee or tea?

Kalau jawab komen kat sini yee. Aku nak jugak baca entry tu hehehee. Taataa!





You Might Also Like

5 COMMENT

  1. Oh...ini kisahnya kenapa blog Sab kemas...jeles i tahu? hehehehe ^_^
    Macam nak jawab je soklannya...t kita bagi jawapan ye Miss Rrai...

    ReplyDelete
  2. jawab soalan sis

    http://itsmelyya.blogspot.my/2015/12/11-questions-from-sis-rrai.html

    ReplyDelete
  3. jawab soalan sis

    http://itsmelyya.blogspot.my/2015/12/11-questions-from-sis-rrai.html

    ReplyDelete
  4. Rrai. Sab dah baca. Thank you sebab sudi jawab.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.