Jom Terjah Blogger Sporting Ni! #BlogReview
Friday, December 18, 2015
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hari ni aku nak review lima orang blogger sporting yang menang segmen yang aku anjurkan dulu. Dua lagi aku dah review dah korang boleh baca kat SINI dan SINI. But firstly tolong vote aku dengan klik link ni yee muahh muah hehehee>> http://lynk.my/GoIA
1) Blogger Yana [http://officalmissyana.blogspot.com/]
Pemilik blog ni namanya Yana. Beliau berumur 22 tahun. Iols kena panggil kakak lah gini. Heheh. Blog beliau banyak kongsi entry-entry yang menarik untuk dibaca. Malahan tutorial pun beliau kongsikan jugak. Antara entry beliau yang aku rasa menarik bila baca tajuk adalah tips berkapel dengan abang polis,askar dan bomba. Hahahahhaa. Siapa ada boypren keje askar ke polis ke sini? Meh baca apa Sis Yana kongsikan tentang tips berikut kat SINI. Beliau jugak ada kongsi drama best kat blog so korang boleh laa baca sinopsis drama tu. Antaranya,
- Rindu Awak 200%
- Kampung Girl Raya
- Bila Hati Berbicara
- Maaf Jika Aku Tak Sempurna
- Aku Isterinya
- Hati Perempuan
- Dia Isteri Luar Biasa
- Puteri Bukan Nama Sebenar
- Rubberband
Selain itu, ada jugak entry yang berguna untuk newbie yang baru-baru nak buat blog. Korang boleh baca sebab ianya sangat berguna untuk korang tauu!
- Cara Mendaftar akaun gmail
- Cara Membina Blog
- Cara Tambah Follower Blog
- Tips untuk yang mengalami kekeringan idea ketika berblog
- Cara Letak Video daripada Youtube dalam entri blog
- Cara untuk mendaftar nuffnang
2) Blogger Farra [http://greenfarra.blogspot.my/]
Nama pemilik blog greenfarra ni adalah Farra Ashnie. Sedap kan namanya? Semanis orangnya. Kak Farra ni dilahirkan pada tahun 1988 dan merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Beliau berasal dari Kedah dan berdarah kacukan Thai. Wuuwuuu patutlah cantik Kak Farra ni. Antara entry dalam blog Kak Farra yang best untuk korang baca adalah:
- Rahsia Kecantikan Artis-Artis Hari Ini
- FAKTA Kualiti Air Hari ini
- Mengapa Lambat Bertemu Jodoh ?
- Adakah Dia Jodoh Kita?
- Adakah Buah Pinggang Anda Sihat?
Sebenarnya banyak lagi entry best dalam blog Kak Farra ni. Ni baru sikit aku tunjuk hihih. Kalau korang nak tahu kena laa terjah blog dia yaa!
3) Blogger MummyRina [http://mummyrinazonebeauties.blogspot.my/]
Blog ini adalah merupakan blog online yang menjual barangan/produk kecantikan dan kesihatan yang memang tengah hot hot dijual di facebook dan instagram sekarang ni. Antara yang dijual dalam blog ini adalah AURAWHITE 24K GOLD PLATINUM SKINCARE 6 IN 1. Nah tengok testimoni yang MummyRina share kat blog beliau:
Selain itu, terdapat banyak lagi produk untuk melangsingkan badan, body beauty dan skincare-skincare yang dijual oleh MummyRina. Kalau korang nak tahu produk-produk best tu kena lah terjah blog MummyRina yee hihiii.
Ni gambar MummyRina dan anak-anaknya. Serius comel sangat!! MummyRina pun cantik orangnya. Patutlah anak anak dia pun cantik dan comel belaka.
4) Blogger Aimi Syahirah [http://www.aimisyahirah.com/]
Pemilik blog ini adalah merupakan seorang model yang comel dan cantik orangnya. Sepanjang penglibatan beliau daam bidang modelling ni, banyak juga award yang telah beliau perolehi dan Sis Aimi ni bukan calang-calang model yee hihihh. Btw masa mula-mula aku datang blog beliau dulu, gambar beliau yang kat header ni serius buatkan muka beliau nampak macam Hanez Suraya, Ke aku sorang je yg perasan mcm tu? Tapi Kak Aimi ni lawa sangat tauuu. Nak tahu apa photoshoot yang beliau jadi model? Ni:
- Model for Butik Mama
- Model for Butik Dlia Jane Collection
- Model for Izwanizzati Pretty Collection
- Model for Butik Umyra Collections
- Model for Al Shawls Online Boutique
- Model for Zira Collection
- Model for Butik Pengantin Sentuhan Nadhira
- Model for NMS Bridal Collection
- Model for Butik Semarak Kasih Erin Nanie Wedding Planner
- Model for Myra Luminous
- Model for Zayed Aisy
- Model for Elly Ryan Touched
- Model for ESM's Products (Skirt)
- Talent for Iklan Promo Maulidurasul (TV9-2011)
- Model for Music Video 'Satu' by Razz Rahman
- Model for Inspirasi Fesyen in Warisan Chanteq Online Magazine
- Penghias kolum 'Apa Kata Perunding Imej' Majalah Mingguan Wanita (22-28 Jun 2012/02)
- Penghias Kolum 'Tampil Berbeza' & Make-Over Majalah Rapi (Bil 192: 15 Julai 2012
- Penghias Kolum ' Isu Orang Bujang' Majalah Nur (Ogos 2012)
- Personaliti TV ESM
Pencapaian beliau?
- Duta KrulMATRIC Photography & Services 2011
- Duta Kecil Empayar Siti Murni
- Semi-finalist Pencarian Model Sinar Inspirasi by Orange Photography
- Finalist Pencarian Model Tudung ESM-Qaisara
- 5th place Best Group for Wedding Classic & Modern Event
- 2nd place Pencarian Model Muslimah Video Klip 'Satu' Razzi Rahman
- Winner of Pencarian Model Muslimah by Studio Muslim
- Winner of Pencarian Model Ara Lee Boutique
- 3rd place NMS Collection Next Top Model
- Winner of Pencarian Model Muslimah by Dia adalah Ina
- Finalist of Gadis Warisan by Warisan Chanteq Online Magazine
- Finalist Model Sinar Inspirasi by Orange Photography
- Winner of Next Al Shawls Icon
- Winner of Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira
- 2nd place Pakaian Tercantik for 100 Talents Butik Mama
- 3rd Place Pencarian Model Dlia Jane Collection sesi 2012/2013
- Peserta Harapan Wanita Terbaik Kursus Pengacaraan 'Jadilah Emcee Terbaik' (JET) September 2012
Amacam? Hebat kan beliau. Siapa nak jadi model ke boleh laa belajar dengan Kak Aimi yee hehehee.
5) Blogger Mimi Rheem [http://mimirheem.blogspot.my/]
Pemilik blog ni selalu aku panggil dia Kak Mimi. Dia rajin singgah blog orang dan tinggalkan jejak kat cbox atau komen. Kak Mimi femes tauuu kat IG. Follower dia ramai gilaa. Plus, Kak Mimi ni pun peramah sangat orangnya. Beliau lahir pada 16 Feb 1993.
"Ramai orang ingat Mimi ni orang cina sebab mata Mimi sepet tapi sebenarnya Mimi asli orang sabah dan tak ada mix pun dengan cina."
Well aku pun sebenarnya ingatkan dia orang cina tauuu. Hehehh. Sebab mata dia sepet dan muka pun macam chinese. Antara entry beliau yang famous adalah 8 tabiat buruk yang boleh menyebabkan kita sakit belakang. Nak tahu tak apa? Korang boleh baca kat SINI
Jangan lupa terjah blog mereka semua ni tauuuu!
4 COMMENT
menarik semuanya :)
ReplyDeletemereka semua hebat
ReplyDeletekannn!
ReplyDeletehebat masing2.. ada info menarik setiap blog
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.