Gua Ditipu Blogger!

Saturday, December 05, 2015


ASSALAMUALAIKUM

So sad but true, gua kena tipu dengan blogger bermulut manis dan bermuka cantik. Kalau diikutkan aku rasa nak buat bodo je pasal hal ni. Malas nak pampang buruk orang. Tapi bila fikir balik, eh I kenot ni karang dia buat GA lagi dia tipu orang lagi ramai pulak. But still aku rasa berbelah bahagi nak cerita betul-betul dari A sampai Z pasal GA apa aku join, siapa blogger tu dan tunjuk sekali bukti conversation aku dengan blogger tu. Patut ke? Aku mula2 percaya kat dia sbb tak silap aku dia friend kat fb dgn Kak Fiza (blogger sihatimerahjambu) so aku ingatkan dia ni baik laa dengan semua blogger. Meleset sangkaan aku.

Aku menang GA dia kategori hadiah shaklee bernilai RM50. Tempat pertama menang hadiah RM100. Aku tak tahu laa dia dah bagi hadiah kat orang yg menang selain aku but for sure aku mmg tak dapat apa-apa hadiah dari dia dan dah dekat dua bulan dia asyik postpone hadiah tu. Bila aku tanya dia kata nanti dia pos. At last aku pasrah je laa mmg bkn rezeki aku nak cuba produk shaklee (which I really want to try) jadi takpelah. Aku kata kat dia aku akan publish satu entry special utk dia and ko tahu dia kata apa? She said ok tq!

Maigod. Sungguh kau mmg sebenarnya nak tipu aku kan sister. Aku buat GA lambat pos sehari dua pun aku dah cuak jee pemenang tunggu lama barang sampai, engkau buat aku tungguh dekat dua bulan tau. Sabar jee laaa.

Sekarang ni aku rasa 50-50 nak screenshot conversation aku ngan dia dan beritahu siapa blogger tu and what GA I join. Aku ni berblog bukan nak cari pasal dengan orang, cari salah orang, aibkan orang. Dulu masa skynet buat hal dgn aku pun aku cancel niat nak buat entry sbb aku fikir macam tak patut canang buruk orang. Bak kata Encik Gedik, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Masak nohhh dengan ayat dia tu masa gua kat kolej dulu. Dah hadam. HAHAHAA

Lebih dari lima orang suruh buat entry pasal penipu tu, aku publish. Kalau tak, biar jelah rahsia yang penting lepas ni hati-hati. Ini first time aku ditipu. Aku berblog dah lebih tiga tahun. Tak pernah lagi jumpa blogger penipu sebegini.

So. Nak publish entry special pasal si penipu tu ke tak yaa?


You Might Also Like

16 COMMENT

  1. what's going on rrai? Sabar ye rai.. Om terkejut gila ni sampai hati ada yang tipu u... harap you hadapi ni semua dengan sabar tau... kalau perlu mention je blogger yang tipu you tu... risau orang lain yang kena...

    ReplyDelete
  2. publish je. biar dia tahu.
    biadap sgt tu hm.
    qila pun ada masalah gak dgn satu blogger tu. menang hadiah lumayan tp hm lembap post. malas la nak marah sbb yela dia kan sponsor kan. tp kita dh menang, hak kita dh lah kan?
    hmmmmm

    ReplyDelete
  3. Hi ya pasal itu lah ucing tak join GA..join Bw dan url itu pasti .;)

    ReplyDelete
  4. Sabar....

    Saya pun pernah terkena join GA menang TAPI sponsor diam seribu bahasa..
    Dah bertahun dah.. Banyak kali email tapi x berbalas..

    Last wak bodoh je la..Rezeki yg lain datang mencurah..
    Hadiah shklee apa yang menang???

    AM nak ajak join GA
    Giveaway Disember 2015 Cash RM500

    Berminat menjana RM2400 sehari??? KLIK SINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  5. cik en nak tau juga.. adakah cik en pun kenal.. kena beware..

    ReplyDelete
  6. masih ada lagi blogger yg tipu peserta sekarang ni? ee tak jujurnya, kesian awak. geram pun ada bila baca entry ni! :(

    ReplyDelete
  7. Siapa siapa? Buat je entry tu..

    Btw.. sy ada join satu GA ni.. bila nk claim hadiah . Diam membisu!

    Bila tanya sponsor.. sponsor dah bank in kt blogger tu.. do you think what im thinking?

    Takkan blogger tu tipu sponsor and guna kan duit tu utk personal?

    Haihhh panas je..rasa nk buat entry gak.. hahahaha.

    Sis.. publish and buat je entry tu sis..sy nk tau gak sape yg sis maksud tu.. hihi

    ReplyDelete
  8. Lepas ni kena berhati-hati join GA tapi masalahnya kita tak tau orang tu punya hati macam mana,kan?

    ReplyDelete
  9. sekali je pernah join Giveaway2 ni....fuh mengambil kesempatan btl makcik bloggger tu,geram plak baca..

    ReplyDelete
  10. Tak suka kalau kena macam ni,
    patutnya dia lebih bertanggungjawab.
    Sabar je k, ni ujian utk awak :(

    ReplyDelete
  11. Omg..hihi..
    Cik akak tak berani nak cakap apa..sebab cik akak penah lalui situasi nie...last-last sendiri yang makan hati..bukan cik akka tak nak bagi hadiah tu..tapi cik akak terlupa...serius cik akak mmg terlupa...siap lah minah tu publish entri..then kutuk-kutuk cik akak...cik akak terbaca sebab ada rakan blogger yang baik hati inform cik akak...bila dah hal macam tu..cik akak terus je bagi hadiah...serik cik akak...takut lain pula jadinya...hihi..
    Apa pun..itulah pengajaran bagi cik akak yang terlena seketika dengan tanggungjawab..

    ReplyDelete
  12. woww panas2, hehe, sabar ye sis, biar la org buat kita, jnji kite x buat org, mungkin ad rezeki yg lebih besar menanti. :)

    ReplyDelete
  13. sayu plak baca (which I really want to try)
    sabar la rrai. yang baik untuk orang yg terus bersabar.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.