Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah di KUIM

Friday, July 03, 2015


ASSALAMUALAIKUM.

Baru-baru ni lecturer aku, Ustazah Shahrina telah mengumumkan bahawa Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah akan ditawarkan di KUIM. Sebenarnya berita ni dah lama heboh kat kolej. Cuma tak tahu bila tarikh sebenar Ijazah tu ditawarkan. Bagi aku, Alhamdulillah pihak KUIM tawarkan Ijazah ni. Sbb selari dengan budak Diploma Undang-Undang dan Syariah kat KUIM, boleh belaja sivil, boleh belaja syariah. Syariah tu bonus okay. Kalau kau belajar sini mungkin kau akan lebih tahu mana satu best antara sivil dengan syariah. Dan peluang untuk sambung belajar pun banyak pilihan. Nak sambung syariah pun boleh.

Untuk sambung degree nanti, aku tak tahu lah nak sambung mana. Kawan aku, Adam, dia kata nak sambung degree law kat KUIM je kalau UPU tak dapat. Aku? Sobbb sob tak tahu la nak. Dalam dilema ni lagi. Bila aku fikir balik, study kat KUIM pun senang, yelaa dah tahu serba serbi dah boleh berdikari sendiri kat sana masa diploma, so mesti lah takde masalah kan? Tapiiiiiii. Macam nak study degree jauh jauh sikit. Tapi entahlah. Tapi tapi tapi je banyak aku ni. Sedangkan study kat KUIM pun masa last sem aku balik tiap minggu, kalau study jauh nun mana tak menangis dalam bilik air sbb nak balik. Hahahaa

Penyelaras program ni lecturer yang ajar aku subjek Undang-Undang Keluarga Islam. Dia garang laa jugak.*kalau kau datang kelas lambat hantar esaimen lambat laa* Tapi dia ajar senang faham. Sejak sejak dia kahwin ni makin berseri-seri pulak gua tengok dia. So? Takde hal la kan nak sambung degree kt KUIM sbb penyelaras pun baik. Hahaa. Nak ke idokk Rrai oi? 

Bagi aku, sepanjang aku belajar kat KUIM ni, semua lecturer banyak sangat tolong student. Serious talk. Markah kuiz/midterm kau sikit? Jangan risau. Ada sesetengah lecturer dia akan panggil siapa markah rendah untuk repeat jawab soalan lain pulak. Masa tu kau tak payah la nak rasa malu ke apa ke, markah kita result kitaa. Kan? Masa aku dapat markah sikit dari penyelia kat High Court Muar, Ustaz Sabree (lecturer yang conduct aku punya subjek latihan amali) siap cakap lagi, "kenapa laa awak tak cakap kat saya awak dapat markah 10 je Raihanah? Kalau awak cakap awal-awal boleh sy tolong" Markah penuh masa tu 20 je. Gua dpt 10 je ko tahu? Sadisss je rasa. At last bersyukur sangat sbb gua tak failed pun latihan amali malahan gua dpt result yang ku tak sangka sangka! (subjek latihan amali tuu la). Maybe sbb kegigihan dan kesungguhan aku siapkan report tu kot. Masa tu banyak kali gua print out jee manjang sbb ada salah. Print lagi ada salah. Kahkahhh. Nasib baik aku gagah ke akhirnyaaa. Terima kasih Ustaz!

Cuma satu jee aku tak kenan kalau kat KUIM ni. Makcik Guard dgn Pakcik diaa garang oiii. *ada masa laa* kalau kau datang time dia lepas marah budak dan kau pun tengah buat kesalahan mcm pakai baju ketat ke tak pakai kad matriks ke kemungkinan besar kau pun kena jugak. Benda ni mak bapak mesti suka. Sbb anak-anak kompem terjaga sepanjang ada kat KUIM tu. Sbb Guard kat sana sangat menjaga student-student kat situ. Ni mmg gua salute. Sampaikan kalau kau balik pastu kau jalan kaki jauh nun sampai ke masjid ke simpang luar ke, maybe Guard tu akan ikut. Sbb nak tengok kau balik dengan siapa, kau selamat ke tak ke. Ni kawan aku pernah buat, dia yg cerita. Pengalaman aku sendiri, masa aku tunggu bus kat luar kolej tu, makcik Guard tu datang tolong aku sbb ada anjing berkeliaran. Kahkahh. Masa ni lawak pun ada. Makcik Guard tu gigih halaukan anjing tu sbb takut anjing tu kacau aku yang tengah sorang2 tunggu bus. Sistem keselamatan keluar masuk kat KUIM ni yang aku selalu salute walaupun aku sbgai student ni rasa palat jee kadang. Apapun, untuk keselamatan student jugak kan?

Untuk maklumat lanjut tentang KUIM ataupun Ijazah Sarjana Muda ni anda boleh lah ke laman web http://kuim.edu.my/v2/ . Kalau rasa nak sambung Ijazah Law and Syariah tu pun dialu-alukan. Kemungkinan anda akan jadi generasi pertama kalau uolsss daftar lepas program ni ditawarkan bulan 12 nanti. Hehehh. Tataaa !








You Might Also Like

2 COMMENT

  1. Wahh tahniah awak :DDDD
    Macam best ke KUIM. Tapi saya tak leh masuk situ sebab tak ada basic arab. T_T hari tu awal-awal lagi masa pesta jom masuk U dia dah bagi tahu.

    ReplyDelete
  2. kakak Aisya dari jerman datang blogwalking sini :D nnt Rarai free2 datang lah blogwalking blog akk yer :D Muah! Belajar elok2 di Kuim yer :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.