Review Jawapan dari Cik Bungas Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT
Monday, June 08, 2015Assalamualaikum.
Maka dengan sukacitanyaaa saya mahu review jawapan dari Cik Bungas kita yang baik hati sudi join segmen saya yang tak seberapa ni. Thankyouuuu yaa sbb sudi join segmen kite yg tak seberapa ni. Hehehh.
Soalan pertama yang gue bagi adalah lagu yang mengingatkan zaman sekolah dulu. Dan jawapan Cik Bungas bagi adalah:
Lagu Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu. Lagu tu always membuatkan Cik Bungas teringat zaman sekolah masa tingkatan 2 (2010) di mana Cik Bungas kenal dengan seorang lelaki yang cuba mengorat Cik Bungas dan merupakan sepupu kepada kawan Cik Bungas! Pengenalan pulak di tepi Pantai Teluk Batik dalam satu rombongan. Sweet tak :PBy the way, sekarang kami hanya kawan biasa dan bila throwback balik kenangan tu, haha lawak! So, lagu tu adalah lagu yang dia bagi khas untuk Cik Bungas yang menandakan dia kecewa Cik Bungas tak terima dia. Hahaha bukan tak nak. But better kawan, see! Kawan lebih kekal ^_^
By the way aku pun kalau dengar lagu ni teringat zaman sekolah. Pasal lagu ni dulu femes betuii masa aku sekolah menengah dulu. Mmg tepat pilihan Cik Bungas. Sape lah mamat yang nak mengoorat tu ekh. Tapi mmg betul pun. Berkawan lebih kekal. Heheehh. Nasib baik Cik Bungas kita ni tak bercinta masa zaman sekolah duluuu.
.........................................................................................
Soalan kedua pulak. Pasal lagu yang mengingatkan masa patah hati dulu.
Okey, lagu yang Cik Bungas dengar mesti teringat masa sakit hati dulu. Tapi, bukan dulu. It's now! Sedang terjadi. Bila Cik Bungas dengar lagu In-Team - Kasih Kekasih jer mesti teringat dekat someone ni yang sedang menyakitkan hati Cik Bungas sekarang ni. Dia sangat2 lah annoying! Hanya perkara kecik dan tak masuk akal, dia marah and ala2 menghina sikit la. Padehal dia sendiri boleh fikir, takkan disebabkan benda tu je nak gaduh? What laaa. Awak tu dah matang, lebih matang dari saya. Heishh tak pasal-pasal luah perasaan kat sini.So, sebenarnya masa kenal dia, Cik Bungas suka dengar lagu In-Team tu. Boleh dikatakan hari-hari dengar sebab sangatlah sweet dan menenangkan. Tapi! Bila dah start bergaduh dengan dia ni, asal dengar lagu tu terus teringat kat dia. Bila dah teringat, mula la sakit hati. Ish! Tak suka betul :(
Alaaaala. Awat laaa tega betul dia buat gitu. Meh aku sekeh diaaa meh. Sian Cik Bungas kitaaa. Tapi biasa lah gaduh gaduh manjaaa kan. Ehehh. Nanti nanti baik laa tu. Sabar yaa Cik Bungas. Saya doakan Cik Bungas happy happy je dengan someone tuu tau tauu. Takmooo sakit sakit hati lagi.
..........................................................................................
Soalan ketiga. Soalan ni yang selalu aku nak sangat tahu apa jawapan dari peserta yg join. Jawapan Cik Bungas paling meletoppp top top. Hehehh. Pasal apa? Ni haa jawapan dia.
Lagu yang boleh buat saya bangkit dan move on adalah Zikir Munajat. Yup! Zikir untuk hilang stress. Lupakan kehidupan duniawi seketika. Allah sentiasa ada untuk kita. So, buat apa kita nak sedih. Allah kan ada :) Thinking about Allah S.W.T., we will move on! Kita hidup ni bukan nak kejar cinta manusia. Kita sepatutnya kejar cinta Allah. Cinta manusia akan mati, cintakan Allah kekal abadi :) In Shaa Allah.
Haaaa Rrai. Dengar tu. Ni tak. Kalau gua yang jawap soklan ni kompem gua jawab lagu koreaa laaa lagu Fifth Harmony lah. Contohi Cik Bungas yee Rrai? Hehehhh. Aku jadi malu dengan diri sendiri kejappp. Hikss
..........................................................................................
Seterusnya. Lagu yang boleh buat kita teringat kat mak ayah.
Hurm. Of course lagu Aeman - Untukmu Ibu dan lagu Tegar - Rindu Ibu.Tak perlu play sendiri pun, bila ter'dengar' lagu tu dimainkan pun air mata ni akan mengalir sendiri. Ya Allah, betapa rindunya aku dekat mama, hanya Allah je yang tahu :'( Tapi, takpe. Aku faham. Allah lebih sayangkan mama. Mohon semua yang baca, sedekahkan Al-Fatihah dekat mama saya seikhlas hati. Semoga mama tenang kat sana. Amin :')
Same goes too me. Lagu tu mmg kalau aku dengar pun sedih. Allah lebih sayangkan mama Cik Bungas. Al Fatihah untuk mama beliau..
..........................................................................................
Lagu yang mengisahkan pasal Cik Bungas sekarang? Jengg jeng. Guaa suka lagu ni. Maklumlah penyanyi dia kacakk kooo!
Lagu yang mengisahkan kehidupan yang dialami Cik Bungas sekarang sudah tentu lagu Humood AlKhuder - Kun Anta. Lagu tu kan bermaksud 'Jadilah Diri Sendiri'. So, better kita jadi diri sendiri. Tak perlu pun nak jadi orang lain. Apa yang kita ada, apa yang kita mampu, apa yang kita lakukan, buatlah dengan cara kita sendiri. So, tiap kali Cik Bungas rasa nak jadi macam orang lain, mesti Cik Bungas akan ingat lagu ni. Automatik akan terhenti niat nak jadi orang lain tu :) So, kita tak perlu nak tunjuk yang kita ada semua apa yang orang ada ;)
Lagi lagi kalau dengar yang akustik punyaaa fuhh jatuh cintaaa. Aku suka lagu ni. Harapharap Cik Bungas tak buat dubsmash lagu niii yaaa. Hikkhik. Sbb ramai nauuu aku tgk guna lagu ni buat dbsmash. Typical ahhh. Hikss
..........................................................................................
Lagu yang nak sangat nyanyi kat someone?
Hmm, lagu yang Cik Bungas nak sangat nyanyikan sekarang dekat 'Kawan Special' Cik Bungas iaitu lagu Spring - Pesanan Buat Kekasih. Cik Bungas nak sangat nyanyi kat depan mata dia sekarang. Kenapa dia buat Cik Bungas macam ni? Kenapa dia berubah? Kenapa dia macam ni? Kenapa semua ni terjadi? Begitu berat ujian yang Allah bagi sekarang ni yang Cik Bungas susah nak terima hakikat. Tapi, Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan. So, chill lah. I can't fight it! In Shaa Allah :')
I likeee lagu ni. Sinar gituuu kauu. Hehehh. Saya harap Cik Bungas tabah yaa. In Shaa Allah you can fight this. Walaupun aku tak tahu apa pasal tapi saya harap tidak ada sesiapa yang menyakitkan hati Cik Bungas kitaaa ni okengg. I piat telingaaa nanti.
Apepun thanksss a lot sbb Cik Bungas sudi join segmen kite yg tak seberapa ni. Saya harap Cik Bungas bebas dari segala sakit hati dan tidak disakiti oleh sesiapa punnn. Aminnnnn. Jom serbu entry Cik Bungas jom. Tekan SINI.
Kepada sesiapa yang belum join lagi. Jemput join segmen sayaa yaa. Click SINI. Untuk tengok jawapan peserta yang lain, boleh pergi SINI.
Selamat Malam!
1 COMMENT
Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.