Penggunaan Ungkapan Menarik
Monday, June 01, 2015
Penggunaan ungkapan menarik dalam karangan Bahasa Melayu sangat penting untuk membantu calon membina ayat yang lebih gramatis. Jadi, saya nak share ungkapan Bm yang bombastik yang Cikgu Mazlan, Cikgu Sharifah ajar masa sekolah dulu. Hehehhh. Rasa macam sayang pulak simpan dekat rak tu jeee. Lebih baik share dgn orang ye dokk. Aku pun boleh ingat balik apa aku belajar dulu sambil sambil taip entry ni.
1. Tuntasnya/ Sebagai intiha/ Konklusinya/ Akhir kalam- Kesimpulannya. Contoh: Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa membaca amat penting untuk mencapai kecemerlangan.
2. Ironinya/ Impak- Kesannya
3. Memorabilia- Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.
4. Mutakhir ini/ Marcapada ini- Dewasa ini
5. Rencaman- Pelbagai
6. Wadah- Alat
7. Dijana- Dijalankan
8. Kekangan- Masalah
9. Kemelut- Masalah
10. Sinergi- Kerjasama
11. Kebejatan moral- Keruntuhan moral
12. Ukhrawi- Rohani
13. Enteng- Mudah
14. Kulawangsa- Keluarga
15. Wahana- Saluran/ Perantaraan
16. Prakarsa- Inisiatif/ Daya Usaha/ Ikhtiar
17. Sungkawa- Gundah/ Sedih Hati/ Susah hati
18. Maknawi- Penting/ Kepentingan/ Berhubung Dengan Makna
19. Terlelan- Terkhayal/ Lupa
20. Apakala- Apabila/ Bilamana/ Ketika
21. Fata Morgana- Sesuatu Yang Bersifat Khayalan/ Angan-angan
22. Bahrul Hayat- Laut Kehidupan
23. Lazuardi- Warna Biru Tua
24. Berseliwiran- Berjalan Ke Sana Sini/ Berulang-alik
25. Mengabui- Mengelirukan/ Menipu
26. Indikasi- Petanda/ Petunjuk
27. Buana- Bumi/ Dunia
28. Kirmizi- Warna Merah Tua
29. Usai- Selesai/ Siap/ Beres
30. Durasi- Jangka Masa/ Tempoh
31. Kudus- Suci/Murni
32. Mendonan- Orang Asing/ Orang Dagang
33. Qudwah- Teladan/ Misalan
34. Walang- Dukacita/ Gelisah/ Khuatir
35. Kali- Sungai
36. Pawana- Angin
37. Sirna- Hilang/ Lengkap/ Musnah
38. Diimplimentasikan- Digunakan
39. Nirmala- Hening (Pagi yang hening)
40. Izhar- Jelas
41. Delinkuen- Tidak Mematuhi Peraturan
42. Komentar- Rencana
43. Polemik- Isu Yang Sering Dibincangkan
44. Secara Analogi- Peringkat Demi Peringkat
45. Penuh Iltizam- Penuh Semangat
46. Inovasi- Kemajuan
47. Mangkin Yang Efektif- Faktor-faktor Penyebab
48. Seantero- Seluruh
49. Nafsi- Sikap Mementingkan Diri Sendiri
50. Dominan- Utama
Ada 50 ungkapan. Nanti-nanti aku share lagi. Mana tahu boleh bantu sesiapa nak buat karangan kelas pertama ke. Hahah. Tapi dulu kalau buat karangan Bi cikgu aku ada cakap, Awak takyah laaa nak buat ayat bombastik sangat, nanti lagi banyak salah ada lah. Guna ayat simple je. Senang orang faham. Hahah. Itu aku setuju. Well Bi memang idokk le gua nak karang panjang-panjang masa Spm dulu. Hihihh. Masa ambik result Spm tu cikgu aku kata, Raihanah, sy target awak A tau Bi alih alih awak dapat B pulak. Alamak. Sorryyyy yeee Teacher Marhaini. Hikhikk
4 COMMENT
Hoho, kalau yang jenis saya ni tak berapa suka guna ungkapan yang terlalu bombastik. Saya suka karangan yang senang faham, simple tapi padat. Hehe, budak2 india kelas saya selalu buat tapi tak kena pula dengan karangannya sampai kena tegur cikgu. Boleh guna tapi kena ikut kesesuaian juga! :D Apa2pun memang terbaik!
ReplyDelete@Niena ReenHahaa kalau guna tapi tak sesuai pun susah jugak. Baik baik boleh dpt A karang dpt B pulak. hehee. Terer budak India kelas awak. Yang penting berani mencuba.
ReplyDeleteWah gramatisnya ungkapan :-)
ReplyDeleteEntri ini sangat membantu lebih-lebih lagi kepada murid SPM seperti saya. Hihi ^^
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.