Assalamualaikum wbt, Good day everyone.
Not really a comeback. Just me wanna do something new to this blog. I finally decided, it's time to say goodbye to BAJUWARNACOKLAT. NO MORE BAJUWARNACOKLAT. Honestly I agak terkesan juga. Because BAJUWARNACOKLAT is my first baby, the one who taught me everything about blog, how to edit a blog, dari zaman kita sibuk edit kita punya blog dengan template denim, template simple. That time people so loooove ya to put a song on their blog. BAJUWARNACOKLAT was born pada zaman Kak Lysa Faizureen as a guider orang kata. Majority blog ko pergi ko mesti tahu, eh dia ni mesti follow tutorial Kak Lysa. I know lah because I pun selalu belajar ilmu blogging ni from her blog. I start BAJUWARNACOKLAT pada tahun 2012. I terpengaruh dengan my friend, Chuppy. Dia ada blog. So I pun nak ada jugak. Zaman BBNU. Segala cerita suka duka kalau boleh nak dikongsi dalam blog. Mujur dah dipadam semuanya. Buat malu je.
Then I upgraded my blog, I cari kawan dari alam blog ni. Blogwalking almost everyday. Yelah. Masa tu zaman belajar, zaman menganggur. Masa banyak terluang. Bila kawan dah ramai, secara tak langsung follower pun bertambah. View mencanak naik. Pantang ada any segmen or GA I mesti join. Aktif yerrrr waktu itu. Bila dah mahir edit blog, beranikan diri ambik service edit blog orang. Surprisingly, banyak yerr tempahan edit blog I dapat. Tapi terasa agak rugi juga bila difikirkan semula. Pernah edit blog dengan upah RM5 sahaja which is sangat tak berbaloi sbb nk buat tu bukan mudah. Kadang sampai sakit mata bersengkang mata malam ke pagi. Kadang pukul 1 pagi pun customer tu wasap tanya macam mana nak pasang cbox lah macam mana nak tukar warna kotak komen lah. Tapi dah suka. Walaupun tak berbaloi, I happy gilaa time tu. Mungkin sebab I memang minat blog kot waktu tu.
Buat duit dengan blog? Ya Allah. Boleh sangat. Zaman kegemilangan BAJUWARNACOKLAT pernah menyaksikan I dapat bayaran for a review, I dapat banyakkkkk sangat barang untuk I review. Happy sangat masa tu. Collaboration dengan zalora, traveloka. Ada yang founder approach kita.
Sehinggalah I start my karier (ceh karier lah sangat ko!), pada tahun 2016, start busy dengan life kerja. Berkahwin, sehingga ada anak. I dah mula abaikan BAJUWARNACOKLAT. Kadang sebulan sekali nk log in blog pun payah. I pernah terdetik nak padam blog ni tapi I tak sampai hati. Blog ni terlalu banyak jasa dia. I sebenarnya nak teruskan berblog. Nak teruskan menulis.
Decided;
I tukar BAJUWARNACOKLAT.COM kepada RRAIHANAH.COM
Goodbye Bajuwarnacoklat. I want to rebrand my blog. So, welcome to the world RRAIHANAH. Semoga kita lebih sukses dan maju selepas ini.
I berblog since 2012. Dari dulu mmg dah bahasakan diri sebagai AKU bila menulis. Tapi with RRAIHANAH, I nak kelainan sikit. Kita tukar lah AKU tu. Nampak feminine sikit yedakk muahahahaha. Thank you followers yang stay dengan I. Dari BAJUWARNACOKLAT mula bertapak sehingga kini. Dari zaman kita single sampai dah beranak pinak. Banyak geng blog yang sezaman dengan I majority dah kahwin dah ada anak. Hahaaa. Lepasni, In sha Allah I pun nak rajinkan diri macam korang. Doakan blog ni terus maju hendaknya. More post entry are cominggggg. Hehehe
Happy Friday and selamat berhujung minggu !